Pray For MH370

Pray For MH370

Keputusan PRU 13 sudah ada!!

Semua orang terutama ummat Islam harus sedar bahawa keputusan PRU 13 sudah ada. Hanya kita sahaja tidak tahu. Sudah tersimpan.Siapa menang siapa kalah. Siapa jadi kerajaan, siapa akan jatuh, semua  sudah tertulis.
Justeru, ummat Islam seharusnya beradab dan beringat ketika berkempen. Tidak perlu memaksa diri mengguna tipu helah yang membawa dosa, maksiat dan kemungkaran hingga mendatang murka Tuhan. Jenuh bertarawikh, berdoa dan beramal. Jika hati masih bergelumang dengan kefasikan, fitnah dan hasad dengki...habislah semuanya.
Marilah kita beristighfar.... Klorokskan hati.Tenangkan fikiran . Jangan mengundang murka Ilahi.
Kita bersungguh minta petunjuk daripada Allah. Moga tidak sia sia hidup di dunia yang sementara.

Read More “Keputusan PRU 13 sudah ada!!”  »»

Mantan pengarah CID Malaysia berganding mantan Pengarah Pelajaran di SEMINAR GeMS

 klang
20 RAMADHAN 1433H

Read More “Mantan pengarah CID Malaysia berganding mantan Pengarah Pelajaran di SEMINAR GeMS”  »»

Air tangan anda DIPERLUKAN untuk bentuk mini baldatun tayyibatun wa rabbun ghafur

Kpg Delek Klang.

Satu gagasan membina tamaddun. Bukan sebarang tamaddun. Tamaddun bertunjangkan aqidah Islamiyyah. Akhlak beruswahkan Nabi sa.w. Perkara yang baru. Terlalu jauh....Adakah boleh dicapai? Adakah ini hanya impian pemimpin yang terlalu idealistik?! Tidak pernah terbayang ...tidak pernah terlintas dalam hati Kampung Delek mahu dijadikan perintis mini baldatun tayyibatun wa rabbun ghafur.

Bukankah lampu tidak pernah dibayang oleh sesiapa dan akhirnya terjadi penciptaan yang menakjubkan. Dunia siber mengecilkan dunia....juga tidak masuk akal ketika ia di tahap konseptual.
Begitu juga dengan impian melahirkan khaira ummah..... Mula perit , payah, sukar diterima kerana tidak difahami dan diyakini.
Namun ia tidak mustahil.

Persoalannya apakah yang ANDA mahu sumbang sebagai batu bata yang mahu diletak dalam pemprosesan gagasan ini.

JOM sumbangkan tenaga, masa, wang ringgit, ilmu, pengalaman.....paling tidak DOAKAN IA BERJAYA...INSYAALLAH!Amiin

Read More “Air tangan anda DIPERLUKAN untuk bentuk mini baldatun tayyibatun wa rabbun ghafur”  »»

RAMADHANKU BERMAKNA ( MEANINGFUL RAMADHAN EXPERIENCE)


Ramadanku Bermakna di Kampung Delek, Klang

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor akan menganjurkan Program Ramadhanku Yang Bermakna selama seminggu bermula Ahad ini di kampung Delek, Klang.

Program yang akan dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali itu merangkumi aktiviti untuk kanak-kanak, belia dan dewasa.

Pada 5 Ogos, sebelah paginya diadakan kelas memasak dan membuat kuih raya serta kelas menjahit bersama selebriti, program khatam al-Quran berkelompok oleh pelajar-pelajat KITTIS, Komtas/Sekolah Al Farabi dan Sekolah Wahidah dan majlis pelancaran program pada sebelah malam di Masjid Nurul Amin, Kg. Delek, Klang.

Forum Nuzul Quran akan diadakan pada hari Isnin manakala pada hari Rabu dan Khamis akan berlangsung seminar GeMS Daerah kelang di KITTIS.

Dr Halimah akan menyampaikan taklimat dan konsep kampung Delek sebagai Mini Serambi Mekah diikuti majlis berbuka puasa mahasiswa bersama penduduk kampung di Masjid Nurul Amin.

Pada Sabtu iaitu hari terakhir program, Pembantu Exco Agama ADUN, Dr Rani pula akan merasmikan Seminar Mengehsankan Insan di Selangor pada hari Sabtu disusuli program motivasi remaja (SPIES).

Sementara itu, program mewarna dan melukis disediakan untuk kanak-kanak pada hari tersebut.

Sehubungan itu, orang ramai dijemput hadir untuk memeriahkan program sepanjang minggu tersebut sebagai mengimarahkan bulan Ramadan.

Sumber: harakahdaily

Read More “RAMADHANKU BERMAKNA ( MEANINGFUL RAMADHAN EXPERIENCE)”  »»
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com